fbpx

‘Kasih tanpa ikatan darah 70 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Shaharudin (kiri) dan Kit Len tetap mesra walaupun telah terpisah lebih 50 tahun.

REMBAU – Biarpun pun tiada pertalian darah dan berbeza fahaman agama serta budaya, namun kasih sayang dua lelaki ini seperti adik beradik dan tetap subur sejak 70 tahun lalu.

Shaharudin Mohd. Said, 73, berkata, abang angkatnya Lee Kit Len, 83, diambil bapanya, Mohd. Said Husin menjadi sebahagian ahli keluarga mereka sekitar tahun 50-an.

Katanya, bapanya telah membawa pulang Kit Len yang ketika itu berumur 11 tahun ke rumah­nya di Rembau dan tinggal bersama mereka kira-kira 10 tahun.

“Bapa membawanya pulang selepas melihat dia berlegar-legar seorang diri di satu kawasan di Semenyih, Selangor,” katanya ketika ditemui di Kampung Su­ngai Batu, Pedas, di sini semalam.

Bagaimanapun Shaharudin yang lebih mesra dipanggil Harun berkata, Kit Len yang dipanggil abang bertindak melarikan diri dari rumah mereka ketika berumur 20-an selepas takut untuk bersunat.

Katanya, mereka sekeluarga berusaha mencarinya, namun tidak berjaya sebelum Kit Len secara tiba-tiba muncul empat tahun lalu dan memohon untuk tinggal selamanya dengan keluarga saya.

“Adik-beradik walau macam mana marah, geram dengan sikap degilnya kita akan tetap te­rima dan sayang,” ujarnya.

Sementara itu, Kit Len berkata, dia bersyukur kerana keluarga angkatnya masih mahu menerima dirinya dengan menumpang teduh di rumah mereka walaupun telah banyak membuat kesilapan.

“Anak-anak Harun pun sayang saya dan merekalah yang membantu menghantar saya ke hospital ketika sakit. Susah nak cari keluarga yang terima dan layan saya seperti keluarga,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI