fbpx

‘Kambing aku jadi mangsa, tak puas hati mari jumpa depan-depan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi memaparkan badan kambing tersebut disembur tulisan babi menggunakan penyembur berwarna merah.

PETALING JAYA – Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menulis perkataan babi pada badan seekor kambing menggunakan penyembur berwarna merah menimbulkan kemarahan kepada pemiliknya sehingga perkongsian itu tular di media sosial.

Seorang lelaki yang mendakwa pemilik kepada kambing tersebut meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Siapa yang kurang ajar sembur kambing aku dengan tulis babi ni, kalau tak puas hati jumpa depan-depanlah.

“Tak payah nak sembur kambing aku dengan pewarna macam ni, tak pasal-pasal kambing aku dah jadi haram,” ujarnya.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani yang memuat naik gambar kambing tersebut di laman Facebooknya, semalam sehingga mendapat 3,400 tanda suka serta dikongsi 102 pelayar.

Menurut beliau, manusia terdiri daripada pelbagai sikap dan sifat hinggakan haiwan seperti kambing menjadi mangsa.

“Manusia ni kan macam-macam perangainya, sebab itulah Allah hantarkan para alim ulamak sebagai panduan hidup setelah ketiadaan para nabi dan rasul,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat komen yang berbeza daripada orang ramai apabila rata-rata mereka menyalahkan pemilik kambing hingga menyebabkan individu berkenaan bertindak menyembur badan haiwan itu.

“Mungkin kambing tu pergi makan tanaman orang kot, tu yang kena sembur,” dakwa Sureeya Hajidaud.

“Rasanya orang yang tulis tu dah hilang kesabaran kerana kambing yang dilepas oleh tuannya makan pokok-pokok tanaman dia. Masakan dia nak buat macam tu,” komen Zulkifli Md Isa pula.

“Jenis lepas kambing merata ni. Nasiblah tuan kambing orang tak ambil sembelih. Lain kali bila nak bela kambing, jaga betul-betul,” ujar Bjock Bunddle. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI