fbpx

Inap desa tidak dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH satu inap desa yang terletak di Serkat, Pontian yang kurang menerima tempahan pengunjung domestik baru-baru ini.

PONTIAN – Tempahan inap desa di Tanjung Piai di sini kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengunjung walaupun ketika cuti sempena pe­rayaan Tahun Baharu Cina atau membuat lawatan singkat (home visit) ke daerah ini.

Timbalan Pengerusi Persatuan Homestay Tanjung Piai, Petah Taha berkata, walaupun pelbagai promosi melalui media sosial dibuat, namun pelancong domestik tidak tertarik untuk menginap di inap desa.

Katanya, penutupan pintu sempadan negara antara Johor dengan Singapura juga menjadi faktor inap desa tidak mendapat sambutan kerana kekurangan pelancong dari negara jiran.

“Yang ada hanya satu program pada Disember tahun lalu di mana seramai 30 orang penuntut dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menginap di 15 buah inap desa di Tanjung Piai.

“Terdapat 30 pengusaha inap desa atau Desa Stay di Tanjung Piai sejak ditubuhkan 30 tahun lalu yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC),” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, lain pula cerita bagi Pengurus Tanjung Piai Resort (TPR), Julia Atan apabila sebanyak 40 bilik penginapannya telah penuh ditempah oleh pelancong domestik bermula Khamis lalu.

Katanya, kedatangan pelancong ke Tanjung Piai dengan memilih TPR sebagai lokasi penginapan melegakan pihaknya yang telah dua tahun menanggung kerugian disebabkan kekurangan pengunjung.

Dalam pada itu, Pengurus Kukup Golf Resort (KGR), Ishak Abu berkata, tempahan sempena cuti Tahun Baharu Cina berjaya mencapai 80 peratus selain pengunjung menginap dalam tempoh agak panjang.

Katanya, terdapat 16 bilik penginapan berhadapan kolam renang, 48 unit deluxe room, dengan 18 daripadanya disewa oleh pekerja kawasan perindustrian Tanjung Bin serta lima unit bilik untuk keluarga.

“Pelancong domestik memilih menginap di KGR sama ada untuk bercuti bersama keluarga mahupun bermain golf di sini dengan cabaran serta suasana berbeza dengan lokasi padang golf yang lain,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI