fbpx

Disamun ketika hantar kuih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek warga Indonesia yang kini diburu polis.

SHAH ALAM – Seorang wanita yang merupakan penghantar makanan sambilan kerugian RM1,800 apabila gelang emasnya disamun dalam kejadian di Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi semasa mangsa berusia 29 tahun sedang menghantar makanan dipercayai kuih kepada pelanggannya.

Difahamkan mangsa cuba mengejar namun suspek telah bertindak menunjukkan parang seterusnya membuatkan wanita berkenaan takut sebelum membuat laporan polis pada pukul 10.03 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, semasa kejadian mangsa menunggang sendirian sebelum suspek telah bertindak menarik gelang di tangan mangsa.

Katanya, nilai gelang itu dianggarkan bernilai RM1,800 dengan mangsa hanya mengalami kesan calar di tangannya.

“Mangsa telah disamun dua suspek lelaki disyaki warga Indonesia yang berbadan kurus dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah.

“Kedua-dua suspek juga memakai topi keledar masing-masing berwarna biru dan merah serta memiliki parang yang disembunyikan di dalam bajunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Baharudin meminta orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kes berkenaan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Roshaza di talian 03-552 02222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular kejadian tersebut menerusi hantaran dilakukan mangsa di Facebook rasminya.

Berdasarkan posting itu, mangsa jelas terkejut dan ketakutan selepas gelang emasnya diragut ketika menghantar kuih.

“Mereka memang sudah mengikuti (saya) lama kot. Waktu ragut gelang itu jatuh. Cuba kejar tetapi mereka tunjuk parang tidak jadi kejar sebab takut.

“Tiada orang berdekatan, terpaksa biarkan, menggigil juga masa itu, terkejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI