fbpx

Bomba tamatkan operasi padam api Pulau Burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JBPM menamatkan opersi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal selepas 20 hari operasi hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menamatkan operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal di sini hari ini.

Difahamkan operasi itu tamat ketika kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada hari ke-20.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook berkata, kerjasama banyak pihak secara bersepadu dapat mengakhiri misi itu dengan berjaya.

“Alhamdulillah misi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung telah berjaya disempurnakan sepenuhnya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan #WiraMerah Pulau Pinang serta pelbagai agensi persekutuan dan negeri dalam proses pemadaman kebakaran,” katanya.

Terdahulu, akhbar melaporkan kejadian kebakaran sejak hampir 3 minggu lalu itu membabitkan kawasan seluas kira-kira 11.3 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar.

Kejadian itu menyebabkan sebanyak 86 keluarga dengan kira-kira 400 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu terpaksa dipindahkan bagi memastikan keselamatan nyawa mereka selain sepuluh buah sekolah turut ditutup tiga hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI