fbpx

3,187 kes sembuh dilaporkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,187 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,787,190 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu hari ini pula mencatatkan 5,566 kes termasuk 227 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,876,324 kes.

“Daripada jumlah kes harian hari ini, 51 kes (0.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 5,515 kes (99.1 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Terdapat tujuh kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,113 kluster serta 318 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 113 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 59 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI