KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan terhadap 24,708 kenderaan yang melanggar pebagai kesalahan trafik menerusi Ops Penguatkuasaan Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di seluruh negara bermula 25 Januari hingga kelmarin.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 15,292 dikenalan notis P22 iaitu notis arah periksa dikeluarkan, 2,328 melibatkan kesalahan melebihi had laju dikesan melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan sebanyak 568 notis larangan penggunaan kenderaan.
“Selain itu, terdapat 16 kes kesalahan melibatkan pelanggaran larangan pemanduan kenderaan barangan turut dikenakan tindakan.
“Dalam tempoh yang sama, JPJ juga telah mengesan empat pemandu bas disyaki terlibat dengan pengaruh dadah,” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Penguatkuasaan Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Terminal Bas Lembah Sireh di sini malam tadi.
Operasi itu memfokuskan kepada pemeriksaan bas di depoh dan terminal bagi memastikan pemandu pertama dan kedua bebas pengaruh dadah, tahap pematuhan lalu lintas dengan selamat. -K! ONLINE