SHAH ALAM – Aksi seorang lelaki tanpa pakaian dan memakai pelitup muka yang dikaitkan sebagai ‘orang minyak’ tular di media sosial hari ini.
Kejadian yang dikatakan di antara pukul 5 hingga 6 pagi Sabtu lalu itu didakwa berlaku di Seksyen 20 dengan pelakunya turut memakai lampu suluh ketika melakukan jenayah pecah rumah.
Berdasarkan perkongsian di laman aplikasi kumpulan WhatsApp menyatakan pelaku itu menceroboh dan mencuri sebuah rumah dalam keadaan berbogel.
“Perkongsian untuk semua. Orang minyak datang kembali,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menegaskan, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitannya. – K!ONLINE