fbpx

Traore kembali ke pangkuan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRAORE melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Barcelona sehingga penghujung musim ini. – AFP

BARCELONA – Pemain sayap Wolverhampton Wanderers, Adama Traore melengkap­kan perpindahan secara pinjaman ke Barcelona hingga penghujung musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu kembali ke Camp Nou di mana bakatnya digilap oleh Akademi Barcelona ketika usia kanak-kanak dan kelab berkenaan diberikan pilihan untuk mendapatkannya secara tetap dengan nilai £30 juta (RM168.51 juta).

Sebelum ini, Tottenham Hotspur sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan dan sudahpun mengemukakan bidaan berjumlah £15 juta (RM84.25 juta) tetapi ditolak oleh Wolves.

Bagaimanapun, Barcelona berjaya meyakinkan Wolves untuk mendapatkan pemain berkenaan secara pinjaman dengan pilihan untuk mendapatkan secara kekal dengan harga lebih tinggi berban­ding nilai yang ditawarkan oleh Spurs.

“Adama adalah seorang pemain yang sentiasa profesional, namun bukan lagi rahsia apabila kami tidak mampu untuk bersetuju dengan kontrak baharu yang diinginkannya. Dia sangat berkeinginan untuk bermain bersama pasukan lain.

“Barcelona adalah bandar dan kelab yang sentiasa dekat di hati Adama, itu adalah impiannya.

“Kami juga bersetuju dan gembira dengan tawaran yang diberikan oleh Barcelona yang mahukan khidmatnya secara kekal musim panas nanti,” kata Pengarah Teknikal Wolves, Scott Sellers.

Traore pernah meledak satu gol ketika membuat penampilan bersama pasukan senior Barcelona sebelum berhijrah menyertai Aston Villa pada musim 2015/16 lalu.

Dia juga menikmati dua musim bersama Middlesbrough sebelum menandatangani perjanjian bersama Wolves dan meledak 11 gol dalam 154 penampilan bersama pasukan tersebut.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN