fbpx

Thai edar kondom empat saiz berbeza tangani kehamilan remaja menjelang 14 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil perancangan telah diedarkan sejak awal minggu ini. - gOOGLE

BANGKOK – Kerajaan Thailand memilih pendekatan berbeza bagi mengawal aktiviti seks bebas menjelang sambutan Hari Kekasih dengan mengedarkan kondom berbilang saiz dan pil perancang kehamilan kepada golongan belia, lapor laman berita Coconut News baru-baru ini.

Bermula esok (Selasa), pihak berkuasa akan mula mengedarkan pil tersebut secara rawak di tempat umum diikuti kondom, dua bulan kemudian.

Program tersebut termasuk pengedaran 10 kondom seminggu atau 13 pek lepuh pil untuk wanita setiap tahun.

Bagi memastikan semua orang menggunakan barangan itu, kondom itu akan tersedia dalam empat saiz iaitu 49 milimeter (mm), 52mm, 54mm, dan 56mm.

Kontraseptif itu akan diedarkan secara percuma di pusat kesihatan tempatan, hospital swasta, farmasi dan unit penjagaan primer.

Kondom akan tersedia di lokasi yang sama mulai April ini.
Program tersebut selain nasihat dan teguran dilihat lebih berkesan dalam mencegah kehamilan tidak dirancang dan penyakit kelamin dalam kalangan belia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI