fbpx

Sajat lelong banglo RM9.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat mahu melelong banglo mewah miliknya pada harga RM9.5 juta.

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mahu melelong banglo mewah miliknya yang terletak Kota Damansara di sini pada harga RM9.5 juta.

Menerusi hantaran dimuat naik Sajat di laman Instagram miliknya tadi, usahawan itu berkongsi mengenai maklumat lelongan banglo tersebut dengan mengalukan individu berminat untuk menyertai proses berkenaan.

Berdasarkan maklumat dikongsikan Sajat, jualan banglo bernilai RM9.5 juta itu boleh dikurangkan harganya berdasarkan budi bicara pihak mereka.

Selain itu, pembeli juga akan ditawarkan pendaftaran percuma selain syarat dan terma boleh dirunding bagi memastikan aset tersebut dijual.

Bagaimanapun, tarikh lelongan itu belum diputuskan.

Pada 2017, Sajat membeli banglo asalnya milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5juta

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta Sajat disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources.

Susulan itu, dua siri lelongan telah diadakan sebelum ini dimana seorang lelaki disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan harta Sajat dengan nilai serendah RM42,000 sahaja.

Pada sesi lelongan pertama, harta usahawan itu menutup bidaan pada harga RM132,000, namun gagal menerima pembayaran selepas pemenangnya menghilangkan diri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI