PETALING JAYA – Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang dirakam melawan arus di Persiaran Perdana Bandar Sri Damansara, di sini pada 25 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kereta berkenaan jenis Honda Civic berwarna merah, namun nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.
“Siasatan akan diteruskan dibawah Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mejar Mohd. Yusuf Hamzah ditalian 012-5623234 bagi membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial dua rakaman video masing-masing berdurasi 17 saat dan 16 saat memaparkan sebuah kereta berwarna merah dipandu melawan arus berdekatan Petronas Bandar Sri Damansara, di sini. – K!ONLINE