fbpx

Polis buat tangkapan baharu jual sijil vaksin palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunadi ketika ditemui pemberita selepas meninjau Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina di bekas tapak Plaza Tol Sungai Rasau, di sini hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Polis Selangor berjaya melakukan tangkapan baharu berhubung kes penjualan sijil vaksinasi palsu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes tersebut sebelum memaklumkannya kepada pihak media.

“Kita akan memberikan kenyataan akhbar berhubung tangkapan itu, sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina di bekas tapak Plaza Tol Sungai Rasau, di sini hari ini.

Kosmo! pada 17 Januari lalu melaporkan taktik licik sebuah klinik di Gombak dekat sini menjual sijil vaksinasi berharga RM500 kepada lebih 5,000 individu sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila diserbu polis, 14 Januari lalu.

Dalam serbuan tersebut juga, polis turut menahan tujuh suspek termasuk pemilik klinik berkenaan yang berusia 20 hingga 35 tahun.

Malah, isu tersebut mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa dukacita apabila dimaklumkan mengenai kegiatan tidak bermoral segelintir pengamal perubatan swasta di negeri ini yang didapati menawarkan dan menjual sijil digital vaksin Covid-19 palsu kepada orang ramai. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI