JAKARTA – Penyanyi dangdut Indonesia, Lesty Kejora dikecam peminat apabila secara tidak sengaja meluahkan nyatakan kekecewaan kerana bayi sulungnya tidak mewarisi ketampanan suami, Rizky Billar.
Menurut laman berita Suara.com, kata-kata berbaur kecewa itu diluahkan ketika artis komedi Indonesia, Sule dan isterinya, Nathalie datang melawat anak pasangan itu.
Lesty berkata, anaknya yang diberi nama Muhammad Leslar itu lebih mirip dirinya yang dianggap biasa dan tidak setampan Rizky.
“Biasa orang mencari pasangan untuk mendapat keturunan baik, ternyata anak saya lebih mengikut genetik saya berbanding bapanya,” kata Lesty.
Kenyataan Lesty dibantah Sule dan Nathalie yang mengatakan, wanita itu juga cantik serta anak mereka tetap comel tanpa mengira mirip siapa.
Namun kata-kata Lesty dikecam netizen yang menganggap wanita itu seperti tidak bersyukur dan kufur nikmat.
“Ada juga manusia seperti ini, sudah diberi rezeki anak tetapi tidak bersyukur malah, kecewa kerana anak tidak tampan,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Jangan kufur nikmat, kata-kata ibu itu satu doa yang tiada hijab,” komen seorang lagi. – Agensi