fbpx

Obesiti tidak kekal, masih boleh dicegah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masalah obes ini telah mencapai peringkat epidemik secara global. - AFP
HARRITH HISHAM,
WARTAWAN EKSEKUTIF

MASALAH obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan dalam kalangan rakyat negara ini adalah membimbangkan.

Tidak dinafikan, pelbagai makanan yang enak dan lazat yang ada ketika ini kurang berkhasiat dengan kebanyakannya mempunyai kadar kandungan garam dan gula yang berlebihan.

Paling membimbangkan apabila kita mengunjungi sesebuah majlis yang dihidangkan pelbagai jenis makanan air minuman.

Kerunsingan ini berasas kera­na obesiti adalah gerbang kepada peningkatan risiko pelbagai pe­nyakit kronik, malah mampu memberi masalah kepada sesebuah negara untuk menanggung kos rawatan buat rakyatnya.

Jika dirujuk laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Februari 2020, jelas dilihat masalah obes ini telah mencapai peringkat epidemik secara global.

Lebih mengejutkan, sekurang-kurangnya 2.8 juta orang mening­gal dunia setiap tahun kerana lebihan berat badan atau obes.

Bagi Malaysia sendiri, seba­nyak 6.9 juta wanita mengalami masalah obes terutama mereka yang berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.

Bagaimanapun, situasi ber­ke­naan sebenarnya boleh di­bendung dan dikawal dengan pendekatan tertentu termasuk meningkatkan ke­sedaran dalam kalangan masyarakat.

Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr. Dzulkhairi Mohd. Rani berkata, isu obesiti ini sebenarnya boleh dicegah dan diatasi kerana masalah itu bukanlah sesuatu yang kekal.

“Berat badan ini tidak kekal kerana bergantung kepada gaya hidup seseorang individu.

“Mereka perlu mengadaptasi kepada gaya hidup yang lebih proaktif dengan senaman serta kawalan pengambilan makanan yang tidak perlu,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Malina Osman berkata, masyarakat harus bersungguh-sungguh dan mempunyai komitmen bagi mengatasi masalah obes.

“Kita perlu sedar pola makanan kita pada tahun 90-an le­bih konservatif berbanding hari ini yang kaya dengan gula, garam serta karbonat soda.

“Komitmen yang tinggi ju­ga perlu ada untuk pastikan pengambilan makanan yang mengandu­ngi serat fiber berbanding kalori serta mengelakkan makanan yang tidak diperlukan.

“Mereka juga harus peruntukkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memastikan kalori yang diambil dapat dibakar semula.

“Ia kerana kebanyakan daripada kita yang melakukan kerja di pejabat hanya duduk sepanjang hari, menyebabkan badan tidak dapat bergerak,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI