fbpx

Netizen sebak lihat warga emas jalan terhincut-hincut selepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang warga emas berjalan terhincut-hincut menuju ke laluan tepi lebuh raya susulan kemalangan yang berlaku.

PETALING JAYA – Tular video yang memaparkan kemalangan melibatkan sembilan kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Pantai Timur sehingga menyebabkan kesesakan lebih 20 kilometer pada 29 Januari lalu.

Menerusi perkongsian oleh Mdam Noor Muktar di Facebook, rakaman tersebut berjaya mendapat perhatian ramai terutamanya apabila muncul seorang warga emas sedang berjalan terhincut-hincut menuju ke laluan tepi lebuh raya susulan kemalangan yang berlaku.

Lebih meruntun hati apabila rata-rata pengguna sedih melihat keadaan wanita tersebut dan ada yang teringat kepada ibu mereka sendiri sekiranya mengalami situasi seperti itu.

Difahamkan, warga emas itu merupakan salah seorang mangsa kemalangan yang terjadi.

“Kesiannya mak cik itu, kalau itu ibu saya, berjurai-jurai air mata ini,” kata Rubiati Sidik.

“Sayu tengok mak cik itu, ingat pada mak saya, semoga semua yang terlibat dalam lindungan Allah,” luah Puan Idawati Safar.

“Masyaallah teruknya, Alhamdulillah mak cik itu masih boleh keluar dari kenderaan yang terlibat kemalangan,” kata Jwjuzairiahwazir.

Sementara itu, sepanjang rakaman dibuat, dapat diperhatikan keadaan sebuah kereta Perodua Myvi yang remuk pada bahagian depan dan belakang serta beberapa kenderaan lain yang rosak akibat pelanggaran tersebut.

Terdahulu, Lebuh RayaKLK mengalami kesesakan luar biasa selepas sembilan buah kenderaan terlibat dalam kejadian kemalangan yang bermula di Kilometer 40.

Dilaporkan punca kemalangan itu berikutan sebuah lori treler hilang kawalan lalu terbabas sehingga merempuh lapan buah kereta lain dan berlaku pelanggaran di laluan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI