WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendakwa bahawa agensi berkenaan berupaya mengesan asteroid berbahaya yang boleh memusnahkan Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.
Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu telah menaik taraf perisiannya bagi mengesan asteroid kepada algoritma Sentry-II baharu buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Penambah baikan itu akan membantu NASA meningkatkan pengesanan batu angkasa berbahaya yang menghampiri Bumi.
Makmal Jet Propulsion (JPL) NASA menggunakan perisian khas untuk menganalisis kemungkinan asteroid berbahaya boleh melanggar Bumi.
Ia berfungsi dengan mengimbas senarai asteroid dan orbit serta status bahaya dan mengira jika mana-mana asteroid yang diketahui atau baharu berpotensi melanggar Bumi.
Sistem yang digunakan dikenali sebagai kesan Yarkovsky, merujuk kepada bagaimana asteroid menyerap cahaya matahari dan memancarkannya sebagai haba.
Haba ini memberi kesan kepada laluan asteroid dan boleh menjelaskan kemungkinan ia jatuh ke Bumi. – Agensi