fbpx

Lelaki terkejut lihat tanda harga selepas makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seorang lelaki bersama rakan-rakannya terkejut setelah melihat harga makanan yang dimakan di sebuah warung. – TikTok

JAKARTA – Netizen di media sosial Indonesia kecoh gara-gara sebuah video yang tular memperlihatkan senario seorang lelaki yang makan di sebuah warung tanpa melihat harga pada menu, lapor laman berita Suara.com.

Klip video itu dimuat naik dalam akaun TikTok bernama @bujangtiktokkk.

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki tersebut mengaku tidak melihat harga pada menu sebelum makan di warung tersebut.

Walaupun dia dan beberapa rakan hanya memesan bubur, tetapi mereka tetap terkejut setelah mendapati harga sebenar hidangan tersebut.

Setelah kamera difokuskan pada tanda harga, baru mereka perasan bahawa ada beberapa contengan yang menggunakan pen berdakwat merah padanya.

Harga yang pada asalnya 8,000 rupiah (RM2.33) menjadi 85,000 rupiah (RM24.74) dan harga 10,000 rupiah (RM2.19) pula menjadi 100,000 rupiah (RM29.10).

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat di ruangan komen.

“Nasib baik tak pesan banyak-banyak,’’ tulis seorang netizen.

“Ini bukan teknik pemasaran, tapi penipuan,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI