PUTRAJAYA – Sebanyak lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 31,965 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,442 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Perak (3), Johor (2), Melaka (1), Pahang (1) dan Terengganu (1).
Jumlah kes aktif terus meningkat kepada 53,248 kes melibatkan 45,883 kes dikuarantin di rumah, 4,247 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,998 kes di hospital, 55 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 65 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE