fbpx

JPJ tempatkan anggota di lokasi ‘hot spot’ percutian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AEDY Fadly Ramli (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penunggang motosikal ketika melancarkan Ops Tahun Baharu Cina di Kilometer 1, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat Ipoh hari ini.

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menempatkan anggotanya di beberapa lokasi ‘hot spot’ di pusat percutian dan peranginan terkenal di negara ini bagi memastikan tiada kenderaan berhenti atau diletakkan di lorong kecemasan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, antara lokasi yang dikenal pasti termasuk Genting Highlands, Cameron Highlands, Port Dickson dan beberapa lokasi di utara tanah air.

Katanya, tindakan berhenti dan meletak kenderaan di lorong kecemasan bukan sahaja menyalahi undang-undang malah membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Kita tahu, apabila musim cuti atau perayaan memang banyak kenderaan akan berkonvoi ke pusat peranginan dan percutian.

“Aktiviti itu tidak salah, tetapi apabila mereka berhenti di lokasi-lokasi tidak dibenarkan, itu yang menjadi satu kesalahan dan mengundang bahaya selain mengganggu aliran trafik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Ops Tahun Baharu Cina 2022 di Kilometer 1, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, sebanyak 490 notis kesalahan dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal Tahun Baharu Cina 2022 yang dijalankan sejak semalam hingga hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI