fbpx

Jenazah bapa Azizulhasni selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Mohammad Azizulhasni membaca talkin pada upacara pengebumian Awang di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun hari ini.

DUNGUN – Jenazah Awang@Muda Embong, 73, yang merupakan bapa Datuk Mohammad Azizulhasni selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed di sini, sebentar tadi.

Allahyarham Awang selamat dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Rokiah Husain pada pukul 2.45 petang

Terdahulu, solat jenazah Allahyarham dilaksanakan di Surau Ustaz Omar Shukri di sini selepas solat zohor sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Turut mengiringi Allayarham ke tanah perkuburan, ahli keluarga dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Mohd. Izwandy Ismail.

Awang meninggal dunia akibat strok di kediamannya di Kampung Nibong Stesen pada pukul 2 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI