KLANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) di pesisir pantai Sungai Janggut, Jeram di sini, hari ini.
Kesemua PATI termasuk 12 wanita berusia 22 hingga 56 tahun itu diberkas kira-kira pukul 7 pagi.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, penahanan itu hasil rondaan dilakukan pihaknya dengan PATI itu dipercayai memasuki negara ini melalui jalan laut menggunakan bot.
“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga asing itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
“Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut dibawah Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K!ONLINE