fbpx

Chris Brown terpalit tuduhan rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRIS BROWN

PENYANYI popular, Chris Brown didakwa merogol seorang wanita dalam kejadian di atas sebuah kapal layar di Miami, Florida pada tahun 2020.

Wanita yang dirahsiakan identiti itu tampil menyaman pelantun lagu Turn Up the Music itu sebanyak AS$20 juta dolar (RM84 juta) kerana mendakwa diberi dadah sebelum dirogol.

Menepis dakwaan tersebut, Brown kemudian memuat naik mesej dalam InstaStroy menjelaskan dirinya tidak bersalah.

“Saya harap kamu semua nampak corak (permainan) ini, apabila aku nak keluarkan lagu atau projek baharu mesti ada berita sebegini,” tulisnya.

Ini bukan insiden pertama berlaku terhadap Brown memandangan dia pernah didakwa atas tuduhan yang sama pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI