fbpx

Caj RM1 transaksi ATM bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Selepas 21 bulan pengecualian diberikan pada sistem MEPS, orang ramai kini perlu membayar caj transaksi pengeluaran sebanyak RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berkuatkuasa esok.

Pengumuman itu telah dibuat beberapa bank seperti Maybank, CIMB Bank, Citibank dan RHB Bank menerusi platform media sosial mereka sejak bulan Disember lalu dengan mengatakan caj itu kembali dikenakan bermula 1 Februari ini.

Maybank sebelum ini berkata, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank,” jelasnya.

Dalam pada itu, CIMB menjelaskan, caj transaksi RM1 akan dikenakaan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi dilakukan di ATM melibatkan bank selain CIMB Bank atau CIMB Islamic bermula 1 Februari.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di beberapa laman sosial media mendapati orang ramai memberikan reaksi berbeza berhubung pelaksanaan semula caj terbabit.

“Kerajaan perlu mansuh sahaja caj RM1, banyak cara bank boleh fikirkan untuk dapat keuntungan setiap tahun,” kata Safi Zal.

“Kalau kerajaan boleh kaji untuk tiada caj, kami sebagai rakyat, sangat berterima kasih,” minta Kiki Sari.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI