fbpx

Barty raih kejuaraan di tanah air sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barty muncul juara Terbuka Australia menewaskan Collins kelmarin. – AFP

MELBOURNE – Impian Ashleigh Barty untuk merangkul gelaran sulung Terbuka Australia akhirnya tercapai selepas dia yang juga pemain No.1 dunia berjaya menewaskan Danielle Collins pada aksi final kelmarin.

Lebih manis, kemenangan tersebut juga menyaksikan Barty menamatkan penantian 44 tahun Australia untuk menyaksikan pemain mereka menjulang kejuaraan Grand Slam berkenaan di bumi sendiri.

Pada aksi tersebut, Barty berjaya menafikan hasrat Collins dari Amerika Syarikat (AS) untuk melakar kejutan pada saingan kali ini menerusi kemenangan 6-3, 7-6 (7-2) pada aksi final.

Barty menjadi pemain Australia pertama menjuarai kejohanan berkenaan sejak Chris O’Neil melakukannya dalam saingan wanita pada 1978.

Sebagai rekod, ia adalah gela­ran Grand Slam ketiga dalam karier Barty selepas memenangi Terbuka Perancis 2019 dan Wimbledon 2021.

“Sudah pasti ia di luar jangkaan. Saya tidak tahu apa yang ingin dilakukan atau dirasai selepas dinobatkan sebagai juara di laman sendiri.

“Melepaskan emosi selepas perlawanan berakhir sesuatu yang jarang saya lakukan. Tenaga penonton yang hadir pada malam ini amat luar biasa dan saya dapat meraikan bersama peminat.

“Saya akui sungguh luar biasa untuk dinobatkan sebagai juara sekali gus dapat merasai pe­ngalaman menjulang Grand Slam di tempat sendiri. Ia adalah sa­ngat istimewa dan saya tidak akan melupakannya,” kata Barty.

Kemenangan kali ini juga adalah penebus kecewa musim 2020 apabila Barty yang di­letakkan sebagai pemain pilihan untuk
menjulang kejuaraan terkandas pada aksi separuh akhir.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI