fbpx

Arsenal makin panik dapatkan penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAK menjadi calon realistik Arsenal ketika jendela perpindahan bakal ditutup dalam tempoh kurang 72 jam. – AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan terdesak untuk mendapatkan khidmat pemain baharu sebelum jendela perpindahan ditutup dan mungkin terpaksa menggunakan klausa pelepasan bagi mengaktifkan perpindahan penyerang Real Sociedad, Alexander Isak.

Arsenal memerlukan pemain di posisi tengah untuk memperkuatkan pasukan, namun mereka paling terdesak untuk membawa masuk penyerang baharu bagi memastikan jentera hadapan kembali efektif untuk baki saingan musim ini.

Sebelum ini, penyerang mudanya, Eddie Nketiah dilaporkan sudah menolak tawaran kontrak baharu dan dipercayai sedang mengadakan rundingan bersama Newcastle selain Alexander Lacazette juga berbaki kontrak enam bulan sahaja lagi.

The Gunners sebelum ini berharap mereka mampu meyakinkan penyerang Fiorentina, Dusan Vlahovic untuk ke Emirates, namun pemain Serbia tersebut memilih untuk melengkapkan perpindahan ke Juventus.

Dua lagi penyerang iaitu bintang Everton, Dominic Calvert-Lewin serta Jonathan David dari Lille pula gagal mendapatkan pelepasan daripada kelab ma­sing-masing menyebabkan Isak adalah satu-satunya calon realistik buat Arsenal ketika ini.

Bagaimanapun, Arsenal dilihat semakin kesuntukan masa untuk melakukan proses rundingan bersama Sociedad mengenai urusan yuran perpindahan ke­cuali mereka hanya mempunyai pilihan iaitu dengan mengaktifkan klausa perpindahan bernilai £75 juta (RM421.25 juta).

Sebelum itu, mereka perlu meyakinkan Isak kerana penye­rang muda Sweden itu dilaporkan hanya menyertai pasukan baharu yang mampu bersaing di pentas Liga Juara-Juara musim de­pan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI