LONDON – Sebuah anak patung bernama Annie didakwa dirasuk dan berhantu kerana menitsikan air mata berasid dan cuba membakar dirinya sendiri, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Mainan menakutkan itu dibeli oleh seorang penjejak paranormal bernama Matt, 33, setelah tertarik akan latar belakang kewujudannya.
Ia dikatakan ditemui di dalam sebuah rumah yang terbakar dan pemiliknya dilaporkan meninggal dunia.
“Selepas membaca mengenai sejarahnya dengan kebakaran, saya tahu saya ingin membelinya,’’ jelas Matt.
Setelah membeli Annie sejak dua tahun lalu, Mat dikatakan mengalami pelbagai kejadian aneh termasuk anak patungnya itu cuba membakar diri sendiri.
Dia turut mendakwa melihat pemilik asalnya yang pernah muncul bersebelahan dengan imej anak patung itu.
Lelaki dari bandar Wrexham, north Wales itu dikatakan menemui Annie dalam satu lelongan di Amerika Syarikat (AS).
“Ia menelan belanja £100 (RM561.69). Selepas mengimportnya ke Britain, saya memasang alatan bagi mengesan elemen paranormal padanya kerana mungkin roh pemilik asal mersuk Annie. Sejak mula menangis tahun lalu, saya percaya itu adalah cara ia menunjukkan emosinya.
“Annie dismpan dalam kotak kaca dan berada di bawah pengawasan 24 jam kerana cuba membakar dirinya. Sesekali, pakaiannya menjadi sedikit hangus dan mukanya sekarang menjadi gelap,’’ jelas Matt.
Anak patung itu bagaimanapun dibandingkan dengan mainan daripada filem-filem seram iaitu Chucky dan Annabelle yang mendapat tontonan selama beberapa dekad. -Agensi