fbpx

Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran ucapan Tahun Baru Cina di laman Instagram Istana Negara, hari ini

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan tersebut.

Ucapan pasangan diraja itu disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram @Istana_Negara pada petang ini.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut menzahirkan harapan agar rakyat dan keluarga tersayang dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan serta menaruh harapan agar sambutan Tahun Baru Cina kali ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.

Pasangan diraja itu turut mengingatkan semua supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri dengan kawalan kendiri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI