fbpx

Neelofa, Haris, Muhammad Bilal dihujani jutaan doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA hari ini dihujani dengan doa daripada netizen khususnya peminatnya selepas diumumkan selamat melahirkan putera sulungnya pada 29 Januari lalu.

PETALING JAYA – Pernah dikecam hebat oleh netizen, selebriti terkenal Neelofa, 33, hari ini dihujani pula dengan jutaan doa dan ucapan tahniah daripada orang ramai selepas diumumkan selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu.

Menerusi tinjauan Kosmo! Online dalam media sosial hari ini, ciapan juara Dewi Remaja 2009/2010 yang mengumumkan nama anak lelaki sulungnya meraih perhatian ramai.

“Assalamualaikum Muhammad Bilal Muhammad Haris,” ciap pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu.

Teruja dengan pengumuman tersebut, rata-rata netizen menitipkan doa agar Muhammad Bilal bakal menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat.

TANGKAP layar antara doa serta ucapan tahniah yang diterima Neelofa dan Haris.

Malah, ada juga yang menggelar Muhammad Bilal sebagai imam cilik meskipun baru tiga hari dilahirkan ke dunia.

“Selamat berpantang ibu Neelofa, semoga Muhammad Bilal menjadi anak yang soleh dan sentiasa sihat,” ucap seorang pengguna Twitter.

“Selamat datang ke dunia wahai imam cilik,” komen netizen.

“Alhamdulillah, tahniah Neelofa dan Haris. Bapa imam, anak pula bakal bilal (individu yang melaungkan azan di masjid atau surau),” kata seorang lagi netizen.

Lebih teruja, terdapat juga netizen yang tidak sabar untuk melihat wajah Muhammad Bilal yang pasti akan mewarisi kecantikan rupa paras ibu dan bapanya.

Dalam pada itu, sehingga kini Neelofa dan Haris turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi sebarang gambar terbaharu keluarga kecil mereka untuk tatapan umum.

Hari ini, Haris menerusi sebuah kenyataan media memaklumkan isterinya selamat melahirkan putera sulung mereka pada 29 Januari 2022 pada pukul 3.44 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI