fbpx

Saravanan mahu jumpa syarikat dikenakan sekatan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Beberapa syarikat tempatan dikenakan sekatan eksport oleh Amerika Syarikat (AS) akan dipanggil Kementerian Sumber Manusia untuk dibincang tindakan penyelesaian.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ia susulan produk dua lagi firma dari Malaysia dihalang Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (US CBP) memasuki negara itu.

“Saya memandang serius tindakan yang dialami syarikat terbabit kerana isu ini menjejaskan imej nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, US CBP mengumumkan Notice of Findings ke atas semua produk minyak sawit dihasilkan Sime Darby Plantations Berhad dan anak syarikatnya menembusi pasaran AS.

Pada masa yang sama, notis Withold Release Order atau tindakan penyitaan barangan pula dikenakan terhadap segala produk sarung tangan getah dikeluarkan oleh syarikat YTY Group.

US CBP mendakwa kononnya langkah tegas itu ekoran kegiatan buruh paksa, bahkan isu itu pernah dikenakan ke atas WRP Asia Pacific dan Top Glove Corporation Berhad sebelum ini.

Mengulas lanjut, Saravanan berpendapat, perkara itu tidak boleh lagi dibiarkan berterusan, malah beliau akan memanggil dua syarikat berkenaan untuk berbincang usaha bersama mengatasinya.

“Dua syarikat yang sudah ditarik balik sekatan itu juga akan dipanggil bagi kongsi pendekatan dilaksanakan mereka untuk dijadikan panduan dan penambahbaikan syarikat lain,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI