fbpx

Rooney dedah tolak tawaran Everton, fokus pulihkan Derby

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROONEY mahu memberi fokus menstabilkan Derby sehingga terpaksa menolak peluang untuk menjadi pengurus Everton. – AFP

LONDON – Wayne Rooney mendedahkan bahawa beliau menolak peluang untuk ditawarkan kontrak sebagai pengurus Everton kerana mahu membantu pasukannya Derby County kembali dalam keadaan stabil.

Rooney memikul tugas besar menyelesaikan krisis Derby dalam saingan Liga Kejuaraan disebut-sebut sebagai antara calon untuk mengisi jawatan di Goodison Park menggantikan Rafa Benitez yang dipecat sebelum ini.

Biarpun mengakui tawaran berkenaan sangat bermakna terutama kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya sebagai pengurus, namun bekas kapten England itu membuat keputusan untuk menolak tawaran berkenaan ketika ini.

“Mereka membuka tawaran dan meminta saya untuk menghadiri sesi temu duga untuk jawatan berkenaan tetapi saya terpaksa menolaknya.

“Saya percaya satu hari nanti, saya akan menjadi pengurus dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan saya bersedia. Jika tawaran itu kembali lagi sebagai pengurus Everton, saya akan sangat gembira.

“Ia keputusan yang sukar untuk saya buat (menolak tawaran Everton) tetapi saya mempunyai tugas penting bersama Derby,” katanya.

Everton ketika ini masih belum menemui pengganti Benitez dan hanya melantik Duncan Ferguson sebagai pengurus sementara dengan berdepan kekalahan pertama apabila tewas 0-1 kepada Aston Villa sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI