fbpx

Pensyarah rugi RM2,000 ditipu suspek menyamar kenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pensyarah sebuah universiti di sini mengalami kerugian RM2,000 selepas ditipu suspek menyamar sebagai kenalannya yang meminta meminjam wang di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang berumur 58 tahun menerima Telegram daripada suspek ketika berada di rumahnya di Kampung Bukit Ubi di sini.

“Kenalan pengadu yang bernama Encik Ali itu kemudian meminta bantuan mangsa untuk meminjam wang berjumlah RM2,000 dan mangsa telah memasukkan duit berjumlah RM2,000 ke dalam akaun diberi suspek.

“Suspek kemudian meminta pengadu memasukkan lagi wang berjumlah RM3,000, tetapi mangsa tidak memasukkan lagi wang ke akaun suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan di balai polis dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya pada masa ini polis giat melakukan siasatan bagi mengesan dan menahan suspek terlibat dalam kes itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI