fbpx

Penceroboh Vietnam kaut hasil laut lebih RM4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh kapal militia nelayan Vietnam yang digunakan untuk menceroboh perairan negara bagi mencuri hasil laut.

KUALA TERENGGANU – Ancaman pencerobohan nelayan ­Vietnam di perairan Pantai Timur termasuk Terengganu amat se­rius dan semakin mencabar untuk dibendung.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, setiap tahun dianggarkan 8,000 bot nelayan asing itu menceroboh perairan Pantai Timur bagi mengaut hasil laut negara.

“Kehilangan hasil laut dikaut secara haram oleh nelayan ­asing itu menyebabkan negara mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM4 bilion setahun.

“Ancaman semakin hebat apabila mereka kini dilihat semakin berani sehingga ke 92 kilometer dari daratan negeri ini dengan pelbagai modus operandi termasuk menyamar sebagai bot nelayan tempatan,” katanya.

Muhammad suffi

Muhammad Saufi mengakui perairan Terengganu yang luas sepanjang 244 kilometer merupakan antara cabaran besar bagi pihaknya bagi melakukan pe­nguatkuasaan maritim.

Jelas beliau, Maritim Malaysia (APMM) Terengganu dibekalkan tiga kapal peronda iaitu Kapal Maritim Gemia, Redang dan Nusa bagi mengekang pencerobohan.

“Tiga aset utama itu dibantu oleh tiga bot pengawal. Seramai 60 anggota penguat kuasa APMM akan bertugas dalam operasi di perairan pada satu-satu masa.

“Operasi dilaksanakan setiap hari tanpa henti kerana nelayan Vietnam sentiasa menceroboh walaupun pada musim tengkujuh,” katanya.

Menurut Muhammad Suffi, menerusi Ops Kuda Laut sejak Jun tahun lalu, pihaknya telah menahan 149 bot dengan nilai rampasan lebih RM224 juta dan menahan 1,516 nelayan asing yang kebanyakannya warga Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI