fbpx

Netizen kecam lelaki marah pekerja ‘Drive-Thru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang lelaki memarahi pekerja restoran makanan segera kerana tidak berpuas hati dengan layanan diterimanya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memarahi pekerja restoran makanan segera kerana tidak berpuas hati dengan layanan diterimanya ketika memesan makanan secara pandu lalu mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @elorakdshn di laman Twitter, dia merasa marah dengan tindakan lelaki itu yang dianggap keterlaluan.

“Sumpah aku panas hati tengok lelaki ini cakap kasar dengan pekerja tersebut.

“Pekerja itu hanya tanya semula ingin berapa ketul ayam, mungkin dengan pekerja marhaen kau berani tunjuk hebat,” ciapnya.

Menerusi rakaman tersebut, difahamkan, pekerja restoran itu bertanya semula jumlah ketulan ayam goreng yang ingin dibeli sebelum lelaki berkenaan didakwa meninggi suara sekali gus bertukar menjadi lebih emosi.

Lelaki itu kemudian menuju ke kaunter juruwang untuk membuat pembayaran dan mula menunjukkan reaksi muka yang kurang senang ketika perlu menunggu wang bakinya.

“Cepatlah! Terhegeh-hegeh. Tak perlu minta maaf, dah salah tetap salah, aku tengah panas ni,” katanya tanpa menghiraukan permohonan maaf yang dibuat oleh pekerja tersebut.

Kejadian itu mendapat reaksi negatif netizen yang menyifatkan lelaki itu bersikap biadab.

“Panas aku tengok video ini. Kalau untuk konten sekali pun, beradap la dan pekerja itu dah baik minta maaf, apa jenis perangai,” ciap @Ceddy.

“Lelaki tu yang pekak, tiba-tiba nak marah,” luah @petro_ikato.

“Pekerja itu cakap nasi lemak dah habis yang dia nak marah-marah cakap ayam tidak ada kenapa,” kata @syed_hamadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI