fbpx

Michael Ang nak kahwin ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Michael dengan memuat naik gambar cincin dalam Instagramnya mengundang pertanyaan adakah dia kini sedang dilamun bahagia.

AMBOI bukan main lagi pengarah dan penerbit drama terkenal Michael Ang berkongsi gambar sebentuk cincin, mungkinkah cincin perkahwinan dalam Instagram miliknya.

Dah nak berkahwin ke? Atau propa? Sama macam judul single lagu pertamanya, Cinta Atau Propa. Patutlah sejak akhir-akhir ini Michael nampak gembira saja. Rupa-rupanya hati sedang berbunga-bunga.

Tulis Michael juga, dia mengucapkan terima kasih pada seorang individu yang sentiasa berada di sisi ketika orang lain menjauhinya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana berada di sisi bila tiada orang lain (di sisinya).

“Awak adalah alasan saya masih hidup sehingga hari ini dan saya amat menghargai awak. Untuk soalan itu, saya belum ada jawapannya,” ujar Michael.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai kenalan artis mengusik Michael dan minta supaya dijemput ke ‘perkahwinannya’ nanti.

Diva juga yang makan hati, berkedut dah, tak ada siapa pun yang melamar.

DIVA: Seronok tengok pelakon Ain Edruce bercuti ke Itali dengan suami dan anaknya tercinta. Romantik betul!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI