RASANYA sudah beberapa kali nama Masya Masyitah menjadi sebutan netizen, terutama selepas muncul dengan video-video aksi mesra bersama seorang lelaki.
Biarpun ramai yang mendakwa jejaka kacak itu merupakan suaminya, namun Diva masih tidak berpuas hati selagi perkara tersebut tidak disahkan atau dinafikan daripada bibir Masya sendiri.
Iyalah, mesej mahupun panggilan tidak dijawabnya. Dia hanya membiarkan semua perkara menjadi tanda tanya.
Bukanlah hendak kecam tentang isu kahwin muda atau kahwin senyap-senyap. Dalam Islam pun, perkahwinan perlu dihebahkan. Bukan apa, takut pula mengundang fitnah. Dalam kes Masya ini berbeza pula.
Sehingga hari ini, masih tiada kata putus sama ada dia sudah bernikah ataupun tidak tetapi yang muncul hanyalah video-video romantisnya bersama lelaki. Masya pula berhijab bukan main.
Harap Masya tidaklah tergolong dalam kalangan selebriti yang cakap tak serupa bikin.
DIVA: Harap Datuk Seri Vida belajarlah daripada kesilapan, terlajak kata memang buruk padahnya.