fbpx

Lelaki parah, dua anjing mati diserang 3 harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN, 46, mengalami kira-kira 20 kesan luka akibat diserang tiga ekor harimau. - Piyarat Choncharoen

BANGKOK – Seorang lelaki etnik Karen dilaporkan cedera parah dan dua ekor anjingnya mati selepas diserang tiga ekor harimau di hutan daerah Thong Pha Phum dalam wilayah Kanchanaburi, tengah Thailand, lapor akhbar Bangkok Post.

Kejadian itu dimaklumkan oleh pegawai taman negara semalam, manakala serangan itu berlaku pada hari sebelumnya. 

Renjer Taman Negara Khao Laem kini melarang orang ramai masuk ke hutan berhampiran anak sungai Pilok-Samathor dan kawasan sekitarnya selama 90 hari bagi tujuan keselamatan.

Pengarah Pejabat Wilayah 3 Kawasan Terlindung (Ban Pong), Niphon Chamnongsirisak berkata, mangsa merupakan seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Wan, 46, yang berasal daripada suku Karen dan tidak memiliki kad pengenalan. 

“Mangsa yang tinggai di luar Pilok, daerah Thong Pha Phum meninggalkan kampungnya sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) Jumaat (kelmarin) untuk mengumpulkan sembilan ekor kerbaunya yang sedang meragut di Hutan Samathor dalam Taman Negara Khao Laem. Lokasi itu adalah sekitar 4 hingga 5 kilometer dari rumahnya.

“Wan yang ditemani tiga ekor anjing, berada di hutan sekitar tengah hari apabila dia melihat tiga ekor harimau meluru ke arahnya. Dia diserang tetapi berjaya memanjat pokok untuk melarikan diri. Bagaimanapun, dua anjingnya diserang dan dibunuh,’’ jelas Niphon.

Setelah harimau itu berundur, mangsa bertindak turun dari pokok lalu menaiki kerbaunya untuk pulang ke rumah sebelum bertemu seorang kawan untuk meminta bantuan.

Tambah Niphon, mangsa sedang dirawat di Hospital Thong Pha Phum setelah mengalami Kira-kira 20 luka yang sebahagiannya serius di leher, tangan, lengan, kaki dan muka. 

Selepas serangan berlaku, Taman Negara Khao Laem mengerahkan kira-kira 10 renjer hutan untuk memeriksa kawasan kejadian dan meronda bagi mengelakkan haiwan itu menyerang penduduk setempat. 

Pihak berkuasa taman negara telah menyediakan 10,000 baht (RM1,254.34) sebagai bantuan awal kepada keluarga mangsa. Isteri kepada Wan, Porkalee, 33, menerima wang itu semalam. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI