PUTRAJAYA – Jangkitan harian yang dilaporkan hari ini mencatatkan 4,915 kes termasuk 188 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,865,984 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan sebanyak 3,056 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,780,771 kes.
“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 39 kes (0.8 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 4,876 kes (99.2 peratus) melibatkan kategori satu dan dua.
“Terdapat 14 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,112 kluster serta 301 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau menambah, sebanyak 120 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE