fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 7 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh negeri pada malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, keadaan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dijangka berlaku bagi keseluruhan kawasan negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling dengan keadaan cuaca buruk yang sama.

“Di Perak, hujan lebat serta ribut petir tertumpu di daerah Kampar, Kinta dan Muallim serta Hulu Selangor, Selangor.

“Manakala keadaan yang sama melibatkan tiga kawasan di Johor termasuklah Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia menjangkakan cuaca buruk ini akan berterusan sehingga pukul 9 malam hari ini bagi negeri-negeri yang terlibat.

Sementara itu, hujan lebat serta ribut petir diramal melanda negeri Sarawak dan Sabah sehingga pukul 10 malam nanti.

“Keadaan ini melibatkan kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song dan Bukit Mabong) di Sarawak.

“Di Sabah, kawasan yang terlibat adalah sekitar Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud),” ujarnya.

Dalam pada itu, MetMalaysia melaporkan ramalan cuaca signifikan bermula esok sehingga 6 Febuari 2022 bagi kawasan di Pantai Timur Semenanjung dan Timur Sabah yang akan mengalami cuaca lembap pada sebelah pagi.

Seterusnya, bagi kawasan barat Sabah, barat dan tengah Sarawak serta Pantai Barat Semenanjung dijangka mengalami ribut petir serta hujan lebat pada waktu petang hingga awal malam dalam tempoh tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI