fbpx

Cuaca buruk di tiga negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan/ SHAHJEHAN MAAMIN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal berlaku di Selangor, Kuala Lumpur serta Sarawak petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook berkata, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi kawasan terlibat termasuk di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor serta seluruh Kuala Lumpur.

“Keadaan cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 4 petang nanti.

“Selain itu, di Sarawak, hujan lebat serta ribut petir tertumpu bagi kawasan Beluru, Miri, Marudi dan Limbang serta keadaan tersebut akan berterusan sehingga pukul 5 petang hari ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI