BARU-BARU ini nama Chani dan Hwi-young daripada kumpulan SF9 disebut-sebut netizen kerana dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Dalam laporan media, polis dikerahkan ke sebuah bar di Nonhyeon-dong, Gangnam sekitar pukul 1 pagi pada 18 Januari lalu selepas menerima laporan terdapat premis perniagaan yang beroperasi melepasi waktu yang ditetapkan kerajaan.
Sepatutnya, operasi perniagaan hanya dibenarkan sehingga pukul 9 malam.
Setibanya di sana, pintu bar berkenaan dikunci lantas anggota polis dan bomba memasuki premis tersebut secara paksa.
Hasil serbuan, terdapat 15 orang di dalamnya termasuklah Chani dan Hwi-young sebelum mereka ditahan termasuklah pelanggan dan staf.
Polis khabarnya sedang menyiasat sama ada kumpulan itu menyambut hari jadi Chani yang jatuh pada 17 Januari.