fbpx

Amaran ribut petir di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Sarawak diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pada pagi ini sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat adalah Beluru, Miri dan Marudi.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI