fbpx

Syed Saddiq sahkan Muda tanding PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq mengesahkan akan meletakkan calon Muda pada PRN Johor akan datang.

JOHOR BAHRU – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengesahkan mereka akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi satu hantaran video di laman sosial, hari ini.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tindakan itu menyaksikan PRN Johor sebagai langkah pertama parti berkenaan terlibat secara rasmi dalam politik tanah air.

“Muda secara rasminya akan bertanding di dalam PRN Johor 2022. Johor adalah permulaan bagi Muda, Muda adalah perubahan bagi Johor.

“Jadi marilah kita bangunkan Johor yang bersatu dan sejahtera bersama-sama, mari bersama Muda,” katanya dalam video yang dikongsikan di Facebook rasmi miliknya.

Muda dilaporkan telah berdaftar sebagai sebuah parti politik secara rasminya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, media turut melaporkan Ahli Parlimen Muar itu dijangka akan turut bertanding dalam PRN Johor dengan parti itu bersedia meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI