fbpx

Pulau ‘ritual’ dijadikan eko pelancongan ‘glamping’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Glamping itu akan bermula pada Jun depan

MELAKA – Pulau Besar yang sebelum ini terkenal sebagai kawasan tumpuan ritual pemujaan akan dihidupkan semula sebagai pusat pelancongan baharu dengan berkonsepkan ‘glamping’ menjelang Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, keputusan itu dicapai dengan persetujuan beberapa agensi lain membabitkan anggaran kos pembaikan sebanyak RM1 juta.

Katanya, kini kerja-kerja pembersihan tapak glamping atau konsep glamor dan ‘camping’ (berkelah) itu telahpun dimulakan di kawasan sepanjang 200 meter di pesisir pantai.

“Empat hari lepas kita telahpun bersetuju untuk membangunkan semula Pulau Besar ini sebagai salah satu eko pelancongan Melaka dengan konsep glamping.

“Pengunjung boleh melakukan aktiviti glamping di sepanjang 200 meter pesisir pantai dan kawasan itu boleh memuatkan sehingga 200 buah khemah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program perasmian Program Pulau Besar New Year Challenge 2022 di sini, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI