fbpx

Netizen kecam cara lelaki suruh anak makan, anggap kurang bijak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar adegan seorang lelaki yang ingin memastikan kanak-kanak perempuan itu mahu disuapkan makanan.

PETALING JAYA – Telatah anak-anak yang masih kecil pasti banyak ragamnya terutamanya pada waktu makan sehingga ada yang perlu dipaksa untuk makan.

Keadaan ini memerlukan kebijaksanaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dengan cara yang betul.

Namun, berbeza dengan tips yang diberikan oleh seorang lelaki di media sosial mengenai tindakan yang dilakukannya untuk memastikan seorang kanak-kanak perempuan mahu disuapkan makanan telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi perkongsian video tersebut, kanak-kanak itu dikatakan susah untuk diajak makan pada mulanya.

Lebih menarik perhatian apabila lelaki tersebut terpaksa berlakon menggunakan anak patung dengan menanyakan sama ada hendak makan atau tidak.

Sebaik saja anak patung menjawab tidak yang dilakonkan oleh seorang wanita sambil memangku kanak-kanak itu, patung itu dibelasah dan dipukul oleh lelaki tersebut.

Setelah itu, apabila ditanyakan sekali lagi barulah anak patung itu mahu makan dan kanak-kanak perempuan yang melihat lakonan tersebut dilihat melopong dan terus mahu makan apabila disuap.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai kurang senang dengan cara yang yang dilakukan oleh lelaki tersebut dan menganggap situasi itu boleh mendatangkan ketakutan dan trauma kepada kanak-kanak itu.

“Boleh buatkan budak itu trauma kalau ajar cara macam ini, kesian dia,” kata Musfirah Danyati.

“Bersedialah duit untuk sesi psikologi sepanjang anak itu membesar sebab trauma masa kecil, dah banyak kes punca dari cara ibu bapa yang salah,” kata @2019fn2021nf2022.

Sementara itu, seorang lagi pengguna menasihatkan setiap ibu bapa agar lebih bijak dalam menasihatkan anak-anak bukan dengan cara menakutkan mereka kerana boleh memberi kesan kepada mental.

“Tak sesuai buat macam itu, kena bagi tahu yang benar kenapa perlu makan bukan takutkan,” ujar Kitchen Garden. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI