fbpx

Lelaki pecah rekod dunia letak 85 sudu pada badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saber meletakkan 85 batang sudu di pelbagai bahagian badannya dan mengimbanginya agar tidak jatuh. - Guinness World Records

KARAJ, IRAN – Seorang lelaki di  Iran memecahkan Guinness World Records dengan meletakkan 85 batang sudu pada  badannya dan mengimbanginya supaya tidak jatuh, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Abolfazl Saber Mokhtari, 50, berkata, dia  mula melakukan aktiviti tersebut sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

“Saya menyedari bakat ini secara tidak sengaja ketika masih kecil. Selepas melakukan banyak latihan dan usaha selama bertahun-tahun, bakat tersebut berjaya diasah dan dikembangkan sehingga seperti hari ini,” katanya.

Tambah Saber, dia boleh meletakkan pelbagai jenis objek yang mempunyai permukaan pada badannya.

“Apa-apa sahaja objek yang mempunyai permukaan boleh diletakkan pada badan saya seperti plastik, kaca, buah-buahan, batu, kayu dan bahkan manusia dewasa.

“Rahsia kepada kebolehan ini adalah fokus. Saya memberi fokus terhadap objek-objek yang akan dilekatkan pada badan.

“Ia sekali gus membolehkan tenaga saya dipindahkan pada objek-objek tersebut dan membuatkannya dapat melekat dengan baik,” ujarnya.

Rekod bagi kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang lelaki dari Sepanyol, Marcos Ruiz Ceballos yang meletakkan 64 batang sudu pada badannya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI