fbpx

Dari pentas ratu cantik ke layar perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JELITAWAN dunia yang pernah bergelar ratu cantik dan kemudiannya bergelar aktres popular.

SELAIN menyertai program realiti, pertandingan ratu cantik juga menjadi ‘tiket’ memudahkan seseorang itu terjun dalam bidang dunia hiburan untuk bergelar selebriti.

Hal tersebut bukanlah perkara baharu apabila ramai selebriti terkenal dunia hari ini mencipta nama dalam lapangan hiburan bermula dengan menyertai pertandingan ratu cantik.

Malaysia juga tidak terkecuali melahirkan beberapa selebriti yang bermula dengan menyertai pertandingan ratu cantik sebelum mencipta populariti dalam dunia hiburan tidak kira sebagai pelakon, penyanyi mahupun model terkenal.

Antara bintang yang dilahirkan menerusi pertandingan mencari wanita paling cantik di Malaysia adalah seperti Tan Sri Michelle Yeoh (Miss World Malaysia 1983), Erra Fazira (Miss World Malaysia 1992), Vanidah Imran (Miss World Malaysia 1993), Rozita Che Wan (Miss Malaysia Intercontinental 1992) dan Elaine Daly (Miss Universe Malaysia 2003).

Minggu ini, Gala akan berkongsi nama beberapa selebriti terkenal dunia yang mencipta populariti sebagai artis selepas menyertai pertandingan ratu cantik.

Aishwarya Rai

Pelakon terkenal Bollywood ini selalu berada dalam senarai antara wanita paling cantik di dunia. Aishwarya mula meraih populariti selepas memenangi pertandingan Ratu Cantik Dunia (Miss World) pada 1994.

Aishwarya memulakan karier sebagai pelakon selepas tiga tahun membawa pulang mahkota wanita paling cantik di dunia melalui debut pertamanya menerusi sebuah filem Tamil berjudul Iruvar pada 1997 dan diikuti dengan beberapa buah filem Tamil yang lain.

Dua tahun kemudian, aktres berusia 48 tahun itu membuat kemunculan sulungnya dalam industri perfileman Bollywood menerusi filem berjudul Aa Ab Laut Chalen sekali gus menjadi titik permulaan kariernya berkembang sehingga ke Hollywood.

Halle Berry

Pelakon Halle Berry memulakan langkah kariernya sebagai aktres selepas memenangi pertandingan ratu cantik.

Pada 1986, pelakon itu memenangi pertandingan Miss Teen All American ketika berusia 20 tahun.

Pada tahun yang sama juga, Berry mewakili negeri Ohio dalam pertandingan Miss USA dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Selain filem Cat Women, pelakon berusia 55 tahun itu popular menerusi wataknya sebagai Storm menerusi filem trilogi yang didaptasi daripada komik iaitu X-Man pada tahun 2000.

Diikuti beberapa sekuel lain (X2, X-Men: The Last Stand dan X-Men: Days of Future Past).

Pada 2002, Berry memenangi anugerah Oscar pertama sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Monster’s Ball.

Vanessa Williams

Pelakon dan juga penyanyi Vanessa Williams pernah meraih gelaran Miss America 1984 ketika mewakili New York dalam pertandingan tersebut yang diadakan di Atlantic City, New Jersey, Amerika Syarikat.

Kemenangannya menyaksikan pelakon filem Batman: Hush itu menjadi pemenang kulit hitam pertama dalam pertandingan tersebut.

Williams pernah tercalon dalam anugerah Grammy menerusi beberapa buah filem lakonannya seperti The Right Stuff, Save the Best for Last dan Colours of the Wind.

Gal Gadot

Pelakon filem Wonder Woman ini awalnya menyertai pertandingan Miss Israel ‘secara suka-suka’ pada tahun 2004.

Pun begitu, tuah menyebelahinya selepas memenangi pertandingan tersebut sekali gus mewakili negara kelahirannya di pertandingan peringkat dunia, Miss Universe pada 2004 yang diadakan di Ecuador.

Ketika bertanding, pelakon berusia 36 tahun itu mengakui tidak berminat untuk merebut mahkota wanita paling cantik di dunia dan mengambil keputusan untuk bersikap sambil lewa agar dirinya tidak memenangi pertandingan tersebut.

Selepas empat tahun bergelar ratu cantik, pada 2009, Gadot mula ditawarkan membintangi filem Hollywood menerusi debut pertamanya iaitu Fast & Furious sebelum meledak dengan karya adiwira, Wonder Woman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI