PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilaporkan cerah hampir kesemua negeri sekitar semenanjung pada pagi ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuacanya di YouTube hari ini berkata, keadaan cuaca baik ini dijangka akan berterusan sehingga ke awal petang nanti.
Manakala di Sarawak, keadaan hujan dilihat tertumpu sekitar pesisir pantai Bintulu dan dijangka kembali reda lewat pagi nanti.
MetMalaysia turut mengesahkan amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat pertama melibatkan kawasan perkapalan Condore dan Reef North yang berkuat kuasa sehingga tengah malam nanti.
“Amaran tersebut dikeluarkan ekoran tiupan angin yang agak kencang sekitar 20 hingga 50 kilometer sejam.
“Keadaan ini amat berbahaya bagi aktiviti menangkap ikan, perkapalan, bot-bot kecil serta rekreasi laut,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE