PETALING JAYA – Keadaan aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kelihatan semakin sesak apabila orang ramai dilihat mula memasuki lebuh raya untuk pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina.
Tinjaun Kosmo! menerusi portal rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia mendapati kenderaan dilaporkan bergerak perlahan bagi ketiga-tiga lebuh raya berkenaan.
Sementara itu, setakat pukul 4.26 petang, pertambahan kenderaan ke arah Pantai Timur turut menyebabkan aliran trafik perlahan di KLK.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 120,000 kenderaan dijangka masuk ke negeri Melaka dan 50,000 kenderaan dijangka masuk ke Pulau Pinang bermula esok sempena cuti umum Tahun Baharu Cina pada 1 Februari ini. – K! ONLINE