fbpx

YIDE sasar kutipan kupon infaq RM1.5 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyasarkan kutipan kupon infaq sebanyak RM1.5 juta pada tahun ini bagi membantu golongan sasar.

Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd. Razali Abdullah berkata, sasaran itu dilihat mampu dicapai memandangkan edaran kupon infaq pada tahun ini akan diperluaskan ke lima daerah berbanding empat pada tahun lalu.

Katanya, bagi tahun 2021, kutipan kupon infaq berjumlah RM651,110.91 meliputi empat daerah iaitu Hulu Langat, Gombak, Klang dan Petaling dan pada tahun ini ditambah satu lagi iaitu Sepang.

Tambahnya, kutipan pada tahun lalu dilihat meningkat berbanding tahun 2020 apabila pihak YIDE hanya mengedarkan kupon infaq di daerah Hulu Langat sahaja sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 dan edaran ke daerah lain tidak dapat dilaksanakan.

“Kami telah mengedarkan Kupon Infaq YIDE bernilai RM2 sekeping pada bulan Ramadan tahun lalu kepada Ketua Penolong Amil Fitrah (KPAF) dan Penolong Amil Fitrah (PAF).

“Ia sebagai alternatif bagi orang ramai menyalurkan infaq mereka pada sepanjang bulan Ramadan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI